Kerjaya Jazeman Jaafar

Kart

Selepas berkecimpung dalam sukan kart sejak umur enam tahun, Jazeman memenangi sebelas perlumbaan kart di negara Malaysia dan Belgium.

Formula Three

Jaafar bertanding dalam British Formula Three Championship pada tahun 2010, dan memandu untuk Carlin.[1]

Formula Renault 3.5

Jazeman Jaafar bertanding dalam kejuaraan Formula Renault 3.5 bersama Carlin untuk musim 2013.[2]

Blancpain Endurance Series

Bersama pasukan HTP Motorsport dalam perlumbaan Blancpain Endurance Series 2016.[3]